Pejabat PERKESO Negeri Kedah
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan
Sendiri diwujudkan di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
2017. untuk melindungi individu yang
bekerja sendiri.
Skim ini menyediakan perlindungan
kepada pencarum yang mengalami
kemalangan, hilang upaya kekal,
hilang upaya sementara dan
kematian semasa bekerja sendiri.
Skim ini telah diperluaskan kepada
20 sektor pekerjaan sendiri.




| Pelan | Bayaran Bulanan | Bayaran Tahunan |
|---|---|---|
| Pelan 1 | RM 13.10 | RM 157.20 |
| Pelan 2 | RM 19.40 | RM 232.80 |
| Pelan 3 | RM 36.90 | RM 442.80 |
| Pelan 4 | RM 49.40 | RM 592.80 |